KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Viktor Axelsen percaya beliau masih menjadi pemain yang perlu ditewaskan untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.
Walaupun beliau tidak mendominasi banyak kejohanan seperti yang dinikmati pada beberapa tahun kebelakangan ini dengan pemain lain cuba merapatkan jurang, juara bertahan Olimpik itu yakin beliau akan kembali pada tahap terbaiknya untuk temasya sukan terbesar dunia itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Pada Sabtu, Axelsen terlepas gelaran hatrik Terbuka Malaysia selepas mengalami kekalahan 12-21, 21-19, 17-21 dalam pertarungan sengit selama 70 minit menentang pemain nombor enam dunia Shi Yu Qi pada separuh akhir, kekalahan kedua beliau dalam tempoh sebulan selepas tewas kepada pemain dari China itu dalam peringkat kumpulan Final Jelajah Dunia.
Pada Final Jelajah Dunia, Axelsen pantas bangkit untuk merangkul gelaran itu, menewaskan Yu Qi pada peringkat akhir di Hangzhou, China pada 17 Dis tahun lepas.
Axelsen juga berdepan halangan antaranya ketika menentang pemain Taiwan Lee Chia Hao semasa pusingan pertama Terbuka Hong Kong pada September, H. S Prannoy dari India pada suku akhir Kejohanan Dunia (Ogos) dan pemain Malaysia Ng Tze Yong dalam All England pada Mac tahun lepas, berbanding hampir keseluruhan dominasi beliau pada musim 2022.
Bagaimanapun, juara dunia 2017 dan 2022 itu berkata beliau masih belum berada dalam keadaan terbaiknya sejak mengalami kecederaan pada kaki kirinya semasa Terbuka Denmark pada Oktober, selain kalendar Jelajah Dunia yang padat, yang hanya membolehkan beliau berehat sebentar sebelum pembukaan musim Terbuka Malaysia dari 9 hingga 14 Jan.
Axelsen dijangka melepaskan beberapa kejohanan bermula daripada Terbuka India pada minggu depan untuk menumpukan usaha bagi mendapatkan kembali prestasi terbaiknya.
"Saya hanya ada seminggu dengan latihan yang sangat terhad sebelum datang ke sini, jadi secara realistik saya jauh daripada keadaan terbaik dalam kejohanan ini. Itulah matlamat selepas ini, menjadi sekuat yang boleh.
"Saya boleh berehat seminggu lebih, saya akan berehat pada Januari dan Februari untuk mempersiapkan mental dan fizikal. Selepas kecederaan pada kaki, saya tidak dapat melakukan persediaan mengikut cara yang saya mahu, jadi masih ada jurang yang panjang untuk mendapatkan prestasi terbaik.
"(Namun), saya berada di kedudukan yang baik, saya menjuarai Final Jelajah Dunia buat kali kelima beberapa minggu lepas. Beri saya beberapa bulan dengan latihan yang betul, saya akan kembali menggerunkan pihak lawan untuk Olimpik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Reaksi kekecewaan Axelsen ketika menentang pemain China, Shi Yu Qi pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur, 13 Jan 2024. - Gambar fail BERNAMA
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England
Zii Jia mengakui, Chong Wei kerap berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata semangat.
All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir
Dalam perlawanan separuh akhir itu, Zii Jia tewas 21-17, 13-21, 19-21 kepada Viktor, di Arena Birmingham, England.
Chong Wei sekat Axelsen ke separuh akhir Terbuka Malaysia
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mudah menyekat laluan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen untuk meneruskan saingan ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di sini, malam ini.